Translate

Ahad, 17 Mac 2013

Betulkah Atau Satu Kesalahan.


Betulkah apa yang kita lakuakan sekarang ini atau memang kesalahan kita dengan apa yang berlaku dinegara ini.

Betulkah apa yang kita papar gambar-gambar yang tidak layak dipertontonkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan umur.

Apakah kita tidak merasa bersalah kerana kita merasakan hidup didunia yang sementara ini dianggap lama sedang mati akan menjemput kita tanpa memberi apa-apa amaran pun.

Betulkah harga yang kita kumpul sehingga tujuh keturunan makan tak habis adalah dari sumber halal atau memang kita tahu ianya haram tetapi nafsu telah mengawal kita sehinggakan kita buta mata hati.

Kita tetap akan meninggalkan segala kemewahan yang kita kumpul walau pun didapati secara halal ,mahu pun haram. Kita boleh bermegah dengan pangkat dan kuasa yang kita miliki tanpa memikirkan sesungguhnya Allah SWT adalah pemilik tunggal seluruh alam yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di minta kerjasama dari anda agar dapat menggunakan bahasa orang yang berilmu walau semarah mana pun anda terhadap satu-satu artikel kerana ia akan dibaca oleh semua lapisan kaum, ideologi, agama, tua atau muda, cerdik atau kurang. Pihak kami tidak akan sesekali bertanggungjawab terhadap komen-komen yang anda lontarkan pada setiap artikel kerana kami juga tidak akan sesekali menapis, memadan, menahan dan menolak setiap komen-komen anda. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala komen yang anda berikan pada setiap artikel yang diterbitkan. Kami juga menerima segala pandangan tentang laman ini untuk kebaikkan semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular