Translate

Rabu, 20 Mac 2013

Noh Omar: Fokus BN Rampas Selangor.


 Noh Omar: Fokus BN rampas Selangor
Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat menonjol atau memperkenalkan lebih awal siapa yang akan menjadi calon menteri besar Selangor jika berjaya menawan kembali negeri itu kerana tidak mahu mencetuskan suasana "kecoh".
Menurut Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar, mustahil di antara 35 senarai calon yang mewakili Umno bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tiada ciri kepimpinan sebagai menteri besar.
Cuma, kata beliau, pihaknya lebih berminat dan mahu menumpukan usaha merampas kembali negeri ini.
"Bagi kita, kita tak kira (siapa calon menteri besar).
"Kalau lagi banyak cakap tentang siapa menteri besar, kecoh nanti. Kita pun tahu, kita tak mahu terperangkap dengan jolokan-jolokan ini," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya di sini, semalam.
Perlembagaan negeri Selangor jelas mengatakan menteri besar di negeri ini mestilah orang Melayu beragama Islam.
"Tak akan daripada 35 ini tak ada seorang yang layak jadi menteri besar. Calon kita terdiri daripada pelbagai lapisan, latar belakang," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor.
Noh diminta mengulas pandangan daripada Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, penting kepada BN Selangor memberi gambaran serta menonjolkan barisan kepimpinan baru di Selangor terutama calon menteri besar bagi menggantikan kerajaan PKR sekarang.
Menurut Abdul Aziz, pemimpin itu harus diidentifikasikan supaya rakyat boleh membuat penilaian awal seterusnya menyumbang kepada kemenangan BN di Selangor
Namun menurut Noh, itu hanya teori.
BN, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, sudah merangka strateginya dalam merampas Selangor dan tidak mahu isu calon menteri besar ini merosakkan semua perancangan yang sudah dibuat.
"Kalau kita kata A misalnya dikatakan calon menteri besar, apa kesannya?
"Kalau ada orang lain pula yang berangan hendak jadi menteri besar, dia akan cari jalan nak jatuhkan A.
"Kalau A pula tahu dia akan jadi menteri besar, dia pula akan susun kroninya," kata Noh sambil menegaskan itu tidak sepatutnya berlaku.
Malah kata beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 juga tidak menonjolkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon menteri besar.
"PRU13 ini, berani atau tidak Khalid hendak isytihar dia akan kekal sebagai menteri besar (kalau menang)? Kalau ikut Azmin, Khalid layak Parlimen sahaja," bidasnya terhadap kepimpinan PKR yang kucar-kacir kerana persaingan merebut kuasa sesama mereka.
Noh pada masa yang sama menolak dakwaan kononnya berlaku pergeseran dalam BN Selangor.
Timbul dakwaan BN Selangor kekontangan pemimpin dan mereka juga gagal menyerlah sebagai calon menteri besar termasuk Noh sendiri.
-sinarharian.com

Gerakan Anti Najib/Rosmah: Semakin Hari Semakin Terserlah Penipuan Rosmah.

Gerakan Anti Najib/Rosmah: Semakin Hari Semakin Terserlah Penipuan Rosmah.:   Baru tahu rupa-rupanya cincin itu berada di Malaysia selama satu tahun tetapi benarkah yang cincin itu sudah tiada di dalam negara. S...

Selasa, 19 Mac 2013

Kakitangan Awam Dah, Sekarang Tok-Tok Bilal Pula Diugut.



Oleh kerana isu ini adalah ditempat kelahiranku dan semua adik beradik, sepupu sepapan dan saudara mara memang tinggal menetap di sana maka aku terpaksalah ulas sikit bagaimana banggangnya MB Mat Said yang mengugut iman-iman yang berada di negeri Terengganu. Mat Said ini memang dari mula sampai bercucu, perangai samsengnya tak berubah-ubah.

Inilah perangai Mat Said apabila mula besar kepala dan tak kenang budi, jika tidak kerana sokongan PAS pasti beliau tidak akan merasa kerusi empuk milik Mat Deris kerana majoriti adun-adun Umno di Terengganu berada di pihak Mat Deris sehingga berlaku konflik dalam Umno Terengganu. Hanya segelintir sahaja yang berada di pihak Mat Said atau kalau dibuat undi rahsia, pasti beliau kalah.

Maka ke hulu kehilirlah Mat Said dengan kopiahnya demi untuk mencari simpati dari PAS dan adun-adunnya. Jika ikutkan hati memang PAS tak setuju tetapi mengenangkan kejahatan, kezaliman dan kebiadapan Mat Deris terhadap rakyat Terengganu maka PAS memberi sokongan kepada Mat Said untuk jawatan MB Terengganu. 

Salah satu kes yang membuatkan pihak Istana Terengganu menolak Mat Deris sebagai MB penggal ke 2 iaialh tindakan biadab beliau meroboh rumah dan merampas semua lot-lot tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS Terengganu kepada rakyatnya. Mungkin Sultan Mirzan cukup terguris dengan tindakan Mat Deris merobohkan masjid yang didirikan dari titik peluh rakyat Terengganu sendiri.

Sikap terlampau berdendam yang dimiliki oleh Mat Deris memang semua orang Terengganu tahu. Bagaimana royalti minyak yang ditukarkan kepada wang ehsan oleh Mahathir 'Si Kutty Yang Mudah Lupa' benar-benar membuatkan para pemimpin Umno bahagian menjadi jutawan segera. Ini disebabkan wang yang dijadikan wang ehsan mesti sampai ke tangan Ketua Bahagian dulu sebelum disalurkan kepada rakyat Terengganu. Jika seorang rakyat Terengganu dapat RM500 sebelum dikurangkan kepada RM200, saudara bayangkan sendiri berapa banyak yang masuk ke poket pemimpin-pemimpin Umno bahagian.

Walau pun saya berada jauh di perantauan tetapi saya tahu akan perkembangannya. Tanya Mat Deris berapa ratus juta beliau dapat melalui projek runding terus kepada syarikat yang beliau miliki. Bayangkan ketua-ketua bahagian dan para AJK bahagian dapat juta-juta kerana royalti minyak yang kerajaan Terengganu dapat berbilion setahun sebelum ianya ditukar kepada wang ehsan kerana kali terakhir kerajaan PAS terima bayaran royalti dari Petronas ialah RM800 juta.

Apabila BN berjaya merampas kembali Terengganu hasil dari projek pengundi hantu SPR, bayaran dari kerajaan pusat makin berkurangan, kerana itulah dari RM500 kepada RM200 seorang dan para JKKK mula menjual kupon untuk RM 5 sekeping, tiada kupon maka lebuhlah RM200. Bayangkan jika dalam kampung tu ada 100 orang, dah RM500 JKKK dapat dan tak kan 100 orang ajer dalam sesebuah kampung di Terengganu. Itu belum masuk nama-nama zombie-zombie yang jumlahnya beribu-ribu.

Ibarat anjing yang tersepit, begitulah juga perangai Mat Said apabila beliau mula kuat barulah beliau menunjukkan taringnya yang mana orang PAS memang dah cukup tahu akan perangai beliau dari hujung kaki sehingga hujung rambut. Sekarang nih beliau duk ugut tok-tok iman agar memberi sokongan kepada kerajaan sebijik meniru kata-kata Muhyiddin Yassin terhadap kakitangan awam. Dia orang nih nama ajer pemimpin tapi tahap pemikiran zero.

Semua kakitangan awam dan tok-tok iman memang menyokong kerajaan, sokongan mereka terhadap kerajaan tidak berbelah bagi. Jika mereka tidak sokong kerajaan tumbang dah  Najib/Rosmah  dah lari ke Kazakhstan dan Mamat Kutty dah ke India. Antara kerajaan dan parti adalah perkara yang berlainan, jika BN menang BN jadi kerajaan dan jika PR memang maka PR pula yang menjadi kerajaan. Kakitangan awam bukan bekerja dengan Umno/BN tetapi mereka bekerja dengan kerajaan yang mereka sendiri yang memberi mandatnya. 

Nak ugut buat apalah jika tidak boleh membezakan antara kerajaan dengan parti. Taat kepada kerajaan yang diberi mandat tidak sama dengan taat kepada mana-mana parti politik yang mereka suka. BN menang ke atau PR menang ke, mereka tetap akan taat bekerja kerana gaji yang mereka terima setiap bulan bukannya daripada Umno tahi hidung masin tetapi dari sumber rakyat sendiri. Zaman ugut-ugut ni dah ditelan zaman dah, bukannya seperti awal-awal kemerdekaan yang mana semua maklumat adalah dari kerajaan sendiri. Pasal itulah ditubuhkan Jabatan Penerangan, supaya senang makcik-makcik, pakcik-pakcik ditipu hidup-hidup. Nak baca lebih lanjut, Klik Disni

Isnin, 18 Mac 2013

Shahrizat Pertahan Pembelian Kondo Di Singapura.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi hari ini mempersoalkan mengapa beliau perlu meminta maaf ke atas rakyat Malaysia mengenai skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Peguam Rafizi Ramli, Ranjit Singh berkata, pengarah strategi PKR dalam kenyataan media pada 28 November 2011 menyeru bekas menteri Kabinet itu memohon maaf kepada rakyat kerana dakwaan menyalahgunakan wang rakyat ke atas projek penternakan lembu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Untuk apa saya perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia?” kata Shahrizat di Mahkamah Tinggi hari ini.

“Adakah anda bertanya kepada seorang isteri apa yang suaminya buat dengan membeli kondo? Adakah anda bertanya kepada seorang isteri untuk menerangkan apa suaminya buat dalam kondo atau beberapa buah kondo?” katanya dengan meluahkan perasaan marah.

Shahrizat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Rafizi apabila beliau menimbulkan persoalan sama ada wang rakyat digunakan selepas National Feedlot Corporation (NFCorp) meminjam RM81 juta kepada National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) untuk membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar.

“Persoalan itu tidak timbul sehingga klien anda cuba untuk memutarbelit kenyataan kepada seluruh negara,” kata Shahrizat.

“Ini adalah fitnah dan tuduhan semata-mata,” katanya lagi.

Shahrizat turut berkata beliau tidak tahu apakah NFCorp meminjam RM81 juta itu datang dari dana RM250 juta pinjaman dari kerajaan kepada NFCorp.

Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun mengakui NFCorp menggunakan dana tersebut untuk membeli unit kondominium itu bukanlah dari tujuan asal pinjaman dari kerajaan.

“Wang tersebut adalah program untuk NFC, tetapi rumah penyembelihan masih belum dibina, jadi sebab itu mereka melabur dalam sektor hartanah. Sebab itu ia bukan tujuan dari pinjaman,” kata Shahrizat.

Beliau mengatakan beliau menjadi satu-satunya sasaran Rafizi dan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama pada 10 November 2011, dengan menamakan beliau, dan beberapa individu - termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, dan bekas menteri tersebut yang kini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - sebagai mereka yang terlibat dalam isu NFC.

“Mereka memang menyerang saya, saya satu-satunya sasaran,” kata Shahrizat.

Projek NFC dianugerahkan kepada NFCorp, yang dimiliki oleh suami Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2006 ketika Shahrizat masih lagi dalam Kabinet.

Ranjit berkata timbalan ketua Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat selepas skandal NFC terbongkar.

“Adakah anda telah menyaman beliau? Tidakkah anda rasa anda difitnah?” tanya Ranjit.

“Sebab utama saya menyaman (Rafizi), kerana apa yang dilakukan oleh klien anda, orang ada sangkaan buruk ke atas saya. Orang dalam parti saya sendiri pun ada tanggapan buruk ke atas saya,” kata Shahrizat.

“Klien anda menyuruh saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap sesuatu yang tidak dilakukan oleh saya dan keluarga saya,” katanya lagi.

Jawatan Senator Shahrizat tidak diperbaharui April lalu dan portfolionya diambil alih oleh Najib.

Shahrizat memfailkan saman RM100 juta ke atas Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana isu NFC pada Januari tahun lalu.

Hakim Vazeer Alam Mydin menangguhkan perbicaraan pada hari esok.

Sandiwara Jamalul Kiram Sekeluarga.

 

Insiden pencerobohan di Lahat Datu dilihat tidak lebih daripada sandiwara Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu dan para penaja kempen beliau.

Tindakan Jamalul dan militan setianya tidak masuk akal sedangkan Istana Malacanang sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada penurunan pewaris selepas Sultan Jamalul Ikram II meninggal dunia (1884-1936).

Kumpulan militan bersenjata seramai 234 orang yang diketuai sendiri oleh adik Jamalul yang bergelar Raja Muda Agbimuddin Kiram mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari untuk menuntut semula Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Selepas Kerajaan Malaysia bertindak untuk mengusir keluar kumpulan pengganas itu, dan selepas berpuluh-puluh anggotanya terbunuh Jamalul yang dalam mahu menjaga air mukanya berkeras bahawa pasukan militannya tidak akan berundur dari Lahad Datu dan mereka akan berjuang hingga ke orang terakhir.

Sandiwara “Istana Sulu” dipanjangkan lagi oleh polemik adiknya yang menggelarkan dirinya sebagai “Sultan Bantilan Esmail Kiram II” dan anak perempuannya “Jacel Kiram”.

Plot sandiwara itu bertambah rumit dengan tidak kurang enam pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang tidak lagi diiktiraf.

MUSUH DALAM SELIMUT

Pemimpin tempatan (pembangkang) serta pesimpati dengan ‘perjuangan Kesultanan Sulu’ juga dipercayai menyumbang kepada sandiwara ini.

Sebelum pencerobohan berlaku, ada pemimpin pembangkang Sabah yang mengakui pernah berjumpa dengan Sultan Sulu.

Bagaimanapun beliau (pemimpin pembangkang) tidak menjelaskan apakah isu dalam perbincangan dan turut mengakui yang beliau jumpai itu bukanlah Jamalul yang mendalangi pencerobohan itu.

Pembangkang ini selama ini cukup lantang seperti yang dilaporkan di dada akhbar memperjuangkan hak-hak Sabah dan memastikan kuasa autonomi ada pada Sabah.

Namun selepas insiden ini berlaku, suara beliau (pemimpin pembangkang) yang selama ini begitu sengit tidak lagi kedengaran.

ORANG SABAH SUDAH MENENTUKAN TAKDIR SABAH


Sikap degil Jamalul ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno S. Aquino yang menyatakan bahawa “anda tidak akan berjaya” (dalam perjuangan mereka menuntut Sabah), yang dengan kedegilan beliau itu menyaksikan 10 anggota keselamatan Malaysia dan 62 militan terbunuh sehingga hari ini.

Kumpulan Jamalul juga tidak mengendahkan hakikat sejarah yang penduduk Sabah telah menentukan takdir Sabah (dahulunya North Borneo) sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Pendirian Kerajaan Filipina semasa pembentukan Persekutuan Malaysia dapat dilihat pada akhbar ‘Philippine Daily Inquirer’ yang telah menerbitkan ucapan terdahulu pemimpin kerajaan itu berhubung pendiriannya terhadap Sabah.

Akhbar itu memetik laporan akhbar Manila Times pada 25 Mac, 1963, yang memetik ucapan Senator Lorenzo Sumulong dalam ucapan ‘privilege’ berhubung tuntutan terhadap Sabah, (difailkan oleh President Diosdado Macapagal pada 22 Jun, 1962), menyatakan adalah lebih baik menyerahkan kepada rakyat di Sabah sama ada mereka mahu menyertai pembentukan Malaysia atau sebaliknya.

“Apa gunanya melibatkan diri di Borneo Utara, jika selepas semua, walaupun jika kita berjaya memperolehnya, kita komited kepada idea membenarkan rakyat Borneo Utara menentukan apa nasib mereka akan datang?

“... tindakan yang lebih baik untuk diikuti adalah untuk kerajaan kita memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu apabila Rancangan Persekutuan Malaysia dikemukakan untuk pertimbangan PBB, bahawa kita secara sukarela melepaskan apa-apa tuntutan kedaulatan kita di mana-mana bahagian North Borneo dalam usaha mempercepatkan perubahan status wilayahnya daripada bukan pemerintahan sendiri kepada negeri pemerintahan sendiri atau bebas dan bahawa kita bersetuju dengan pungutan suara di bawah naungan PBB untukmemberi rakyat Borneo Utara peluang untuk menyatakan dengan bebas kehendak dan hasrat mereka ...”

TIDAK ARIF DENGAN SEJARAH

 Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shariff AK Omang berkata pencerobohan itu tidak akan berlaku sekiranya klausa dalam pungutan suara Suruhanjaya Cobbold difahami oleh kumpulan militan Filipina ini.

Ketiadaan pengetahuan akan hasil pungutan suara Suruhanjaya Cobbold antara Filipina dan North Borneo berhubung pemilikan Sabah dalam kalangan kumpulan pengganas ini membolehkan mereka diperalatkan dan terkorban sia-sia.

Shariff berkata rakyat dan kerajaan haruslah sentiasa bersedia dan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri pencerobohan ini adalah satu panggilan “wake-up call”, untuk meningkatkan perancangan dan strategi masa depan bagi menangani sebarang ancaman khususnya yang melibatkan kedaulatan negara.

Berikutan pencerobohan ini, UMS mewujudkan Pusat Kajian Strategik Sabah sebagai platform untuk memberi pandangan, nasihat dan maklumat tentang isu dan perancangan masa depan yang melibatkan isu keselamatan, ekonomi, sosial, sejarah, pendidikan, politik dan yang berkaitan isu domestik negara.

“Kini kita berdepan dengan ancaman pencerobohan yang melibatkan keselamatan, kita tidak tahu masa depan mungkin kita akan menghadapi ancaman ekonomi dan sebagainya. Dan inilah UMS memainkan peranan dan wujudkan pusat ini,” katanya.

Tetapi semua ini dan hakikat sejarah tidak cukup untuk meyakinkan Jamalul dan penyokongnya yang tindakan mereka itu umpama mencari sungai yang tiada berhulu. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular